Jom Melancong…

03/12/2009

melancong sangat perlukan wang. lebih elok duduk rumah tonton drama dari seberang yang sememangnya tidak mampu untuk aku tonton.

bersukan juga perlukan wang. permainan badminton contohnya. sewa gelanggang 1 jam rm8. shuttle juga mahal. lebih elok duduk rumah main FIFA2010 di-cracked.

peniaga gemar menjual barangan dengan harga yang tinggi bagi mengaut keuntungan. tetapi mereka mahu membeli barangan dengan harga yang murah dari pemborong. semua orang juga serupa.

untuk apa aku beli DVD yang asli jika kau boleh memperoleh yang seumpamanya secara percuma? benar. tindakan aku salah disisi undang-undang. tetapi aku ada alternatif yang lebih bagus untuk menjimatkan wang sambil berhibur. jadi aku pilih alternatif tersebut. penguatkuasa juga ada kalanya membeli barangan tiruan.

sekarang orang yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana semakin terdesak untuk hidup. mereka yang kaya memberikan bantuan berjuta ringgit tetapi disebalik bantuan tersebut ada keuntungan yang berlipat kali ganda. ada motif yang terselindung

Gadoh!!!

03/12/2009

mungkin bukan filem terbaik. aku rasa filem ini tidak akan tercalon untuk anugerah perfileman di malaysia. aku sangat yakin. bukan kerana filem ini tidak berkualiti. kau cuma perlu tonton dan lihat. letakkan pandangan kau di  sudut yang positif. yang negatif juga boleh tetapi bukan untuk umum.